for more info, contact us at : 018 – 770 0104 sales@coway.my

Meskipun kualiti udara di Malaysia masih berada dalam keadaan yang terkawal, terdapat banyak pencemaran udara yang sedang berlaku. Seperti negara-negara Asia Tenggara yang lain, pencemaran udara di negara kita adalah berpunca daripada nitrogen dioksida (NO2). Gas berbahaya ini dihasilkan oleh asap-asap kereta, lori, bas dan pengangkutan lain yang kemudiannya tersebar ke ruangan udara. Kawasan dengan aliran trafik yang paling tinggi akan menjadi kawasan yang paling tercemar dalam sesebuah negeri di Malaysia. Disini kami senaraikan ranking bandar paling tercemar dan paling bersih udaranya di Malaysia (Sumber: IQAir Malaysia Real-time 29 Jan 2023).

Ranking Bandar Paling Tercemar Udaranya di Malaysia

  1. Klang, Selangor
  2. Kangar, Perlis
  3. Alor Setar, Kedah
  4. Kuah, Kedah
  5. Kulim, Kedah

Ranking Bandar Paling Bersih Udaranya di Malaysia

  1. Pengerang, Johor
  2. Kuala Langat, Selangor
  3. Sandakan, Sabah
  4. Pekan, Pahang
  5. Temerloh, Pahang

Kesan Pencemaran Udara pada Kesihatan Manusia

Bahagian badan manusia yang paling berisiko terjejas akibat pencemaran udara adalah sistem pernafasan dan juga sistem kardiovaskular. Kesan-kesan buruk ini terbahagi kepada dua kategori – kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Antara contoh kesan jangka pendek adalah jangkitan paru-paru dan tekak, kerengsaan pada kulit, mata dan hidung.

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling berisiko menghadapi masalah jangka panjang dari pencemaran udara. Sekiranya mereka didedahkan dengan bahan tercemar dalam tempoh yang lama, mereka boleh mengalami masalah penurunan kapasiti paru-paru mereka. Ini akan menyebabkan proses tumbesaran mereka terbantut.

Ibu hamil juga boleh mengalami kecacatan kelahiran kerana udara cemar yang berbahaya itu boleh memasuki aliran darah melalui paru-paru dan mengalir ke seluruh badan sekaligus menjejaskan janin/bayi dalam kandungan.

Cegah penyakit-penyakit ini sebelum terlambat! Segalanya bermula dengan anda, jadi jom kita lihat bagaimana cara untuk meningkatkan kualiti udara di rumah. 

Pembersihan

Sapu & vacuum

Pastikan lantai, karpet, dan setiap permukaan di rumah anda sentiasa bersih dari habuk dan debu. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing, bulu-bulu mereka pasti cepat terkumpul merata-rata. Ini boleh memudaratkan ahli keluarga atau tetamu yang sensitif/alergi terhadap bulu haiwan jika tidak disapu/vacuum dengan kerap.

Cuci filter

Amalkan tabiat kerap mencuci apa-apa jenis filter penangkap habuk di rumah anda – tidak kira filter aircond atau filter penapis udara anda. Ataupun anda boleh saja beli filter aircond dan filter penapis udara baru kalau yang lama dah kotor sangat.

Cuci cadar

Hama habuk, sel kulit mati dan semua jenis benda yang menjijikkan sebenarnya berkampung di cadar anda, cuma kita sahaja yang tak nampak. Pastikan udara di rumah anda sentiasa segar dengan mencuci cadar, langsir dan fabrik lain di seluruh rumah anda. Setkan suhu cucian ke 54°c atau 130°F untuk hasil yang terbaik.

Simpan kasut

Susun dan simpan kasut dan selipar anda di dalam sebuah rak atau almari khas. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran udara malah pencemaran bau juga dapat dibendung. Vacuum dan lap rak kasut itu sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Pengudaraan

Pasang kipas

Tahukah anda kipas bukan sahaja boleh menyejukkan bilik tetapi ia juga boleh membantu mengalirkan angin ke seluruh rumah? Make sure anda sentiasa cuci kipas anda tidak kira kipis siling atau kipas biasa kerana di situ lah tempat habuk berkumpul.

Guna penapis udara

Penapis udara berfungsi untuk menapis dan membuang zarah-zarah berbahaya yang berlegar di ruang udara. Teknologi Double HEPA dari Coway mampu mematikan sehingga 99% virus yang boleh memudaratkan badan.

Guna aircond

Aircond Coway yang dilengkapi dengan penapis HEPA bukan sahaja menenangkan badan malah meningkatkan kualiti udara di rumah juga. Dapatkan nasihat dari pakar yang bertauliah sebelum anda pasang aircond yang sesuai dengan rumah anda.

 

COWAY LOMBOK 3 AIR PURIFIER

COWAY BREEZE AIR PURIFIER

COWAY CAPTAIN AIR PURIFIER

COWAY TUBA AIR PURIFIER

COWAY STORM AIR PURIFIER

COWAY NEO PLUS WATER FILTER

COWAY GLAZE WATER FILTER

COWAY KECIL WATER FILTER

COWAY MATE WATER FILTER

COWAY VILLAEM II WATER FILTER

COWAY OMBAK WATER FILTER

COWAY FERRY WATER FILTER

COWAY INCEPTION WATER FILTER

COWAY LUCY WATER FILTER

COWAY HARRY WATER FILTER

COWAY CORE WATER FILTER

Pin It on Pinterest

Share This
Need Help? Chat with us